KOPI SUSU KAMBING GURUN TOK ADI

Nakhoda Dxer Enterprise berdaftar pada 14 April 2008 dan di korporatkan pada 10 MAY 2016, sebagai Nakhoda Dxer Holdings (M) Sdn Bhd. Sehingga tahun 2019, syarikat telah melahirkan 6 anak syarikat bersama di bawah Nakhoda Dxer Group Of Companies. Perniagaan utama kami adalah sebagai pengilang kopi herba dan minuman berasaskan kopi dan lokasi kilang pemprosesan di Gurun, Kedah. Pasaran produk sekarang telah menembusi negara China, Taiwan, Korea, Indonesia, Dubai, Namibia, Japan, Taiwan, Brunei, Singapore, Laos, Vietnam, dan sekarang sedang mengintai pasaran tempatan di Malaysia.

Untuk produk terbaru, syarikat telah bekerjasama dengan artis veteran terkenal iaitu Nasir Bilal Khan, yang popular sebagai “Tok Adi”. Beliau dilantik sebagai Duta Produk Kopi Susu Kambing Tok Adi, dan beliau juga akan terlibat secara langsung dalam aktiviti pamasaran syarikat. Kami menawarkan kepada anda peluang terbaik untuk menjadi agen terawal untuk mempromosikan produk baru syarikat bersama dengan “Tok Adi” di tempat anda.